Showing posts with label humor. Show all posts
Showing posts with label humor. Show all posts

April 9, 2011

Betulkah perempuan suka berangan?


Orang kata (orang yang kata ya...bukan aku) orang perempuan ni suka berangan. Betul ka? Agak-agaknya apalah yang perempuan ni suka angan-agankan ya?

Entri ni adalah entri tanpa penyelidikan, jadi...sila jangan percaya. Aku senaraikan apa yang perempuan suka angankan ya...ini bukan untuk semua perempuan, hanya perempuan-perempuan tertentu sahaja.

1. Jadi puteri
Selalu aku nampak budak-budak perempuan suka berlakon jadi puteri. Pakai mahkota. Bawa tongkat sakti macam dalam cerita putera puteri dalam tv tu. Kemudian menyanyi dekat buaian macam dalam filem Bawang Putih Bawang Merah menyeru sang putera raja la la la….

2. Jumpa putera raja
Kalau ada puteri, mesti ada putera. Putera rajanya mestilah kacak bergaya...mmmm

3. Terkenal dan menjadi pujaan ramai
Menjadi terkenal dan menjadi pujaan ramai juga antara angan-angan yang selalu masuk dalam impian seorang perempuan. Terkenal ni tidak semestinya satu Malaysia kenal, kalau terkenal dan menjadi ikutan, pujaan dan idola serta kegilaan di sekolah atau universiti pun dah cukup.

4. Hidup mewah
Ini juga antara angan-angan yang paling popular. Aku pun mau juga. Tinggal di rumah besar. Ada kereta mewah. Hidup mewah. Ada dayang-dayang yang buat semua benda termasuk hidang nasi. Kalau boleh mau minta tolong suruh suap sekali. Nak kunyah makanan pun malas.

Pergi melancong, pakai jet peribadi. Makan angin, pakai kapal layar sendiri.

5. Beli seisi dunia

Bahagian ini nampak macam seronok. Beli sahaja apa pun yang kita mahu. Beli jet, kereta sport, kapal layar, pulau, istana...duniapun kalau boleh mau dibeli. Kalau dah kaya raya, manalah mau beli barangan yang tiada jenama. Mesti la mau pakai pakaian yang ada jenama, melancong pun tempat yang berjenama, berkawanpun dengan orang yang setaraf jenamanya...

Betul ke perempuan suka berangan? Lelaki suka berangan tak? Apa agaknya angan-angan lelaki?

March 29, 2011

Gelak Tergolek 6


Macam-macam..

March 28, 2011

Gelak Tergolek 5


Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...

Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".

Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia...".

Tak faham 3


Sepasang suami isteri bertengkar. Tetiba isteri terus kemas beg.

Suami: Kenapa?
Isteri: Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!

Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!

March 24, 2011

Tak faham 2


"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya.
Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah...... saya pun tak
pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!"

Gelak Tergolek 4


Datang Lambat

Cikgu Aiman hairan kenapa Aiman datang lambat pada hari tu..

"Aiman kenapa datang lambat?" tanya cikgunya

"Kerana papan tanda cikgu" jawab Aiman.

"Apa hal pulak dgn papan tanda tu?" tanya cikgunya lagi.

AWAS SEKOLAH DI HADAPAN, PERLAHAN-LAHAN

March 23, 2011

Tak faham 1


Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan." "Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!"

Gelak Tergolek 3


Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.

Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua……..

Seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma apa bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?

budak : nanti kejap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????

March 22, 2011

Gelak Tergolek 2


Pada satu petang, si ibu membawa anaknya yang berusia 4 tahun bersiar-siar menaiki kereta. Dalam perjalanan si ibu membunyikan hon.

Anak : Kenapa ibu bunyikan hon & siapa orang tu?
Ibu : Itu saudara kita, kenalah hormat.

Dalam perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yang nak melintas lalu si ibu pun membunyikan hon.

Anak : Itupun saudara kita jugak ke???

March 21, 2011

Gelak Tergolek 1

Gelak Tergolek 1




SUAMI : KENAPA SAYANG MENANGIS?
ISTERI : SAYA TELAH BACA SEBUAH BUKU. SAD ENDINGLAH BANG...
SUAMI : BUKU APA?
ISTERI : BUKU BANK ABANGLAH....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini! Senang aku nak jejak balik!!!