Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

April 18, 2011

SEKITAR UiTM SABAH - F.I.N.A.L E.X.A.M.I.N.A.T.I.O.N (PART 2)


JANGAN LUPA STUDY....

April 7, 2011

Kenapa Susah Bertemu Jodoh?

Assalamualaikum semua.. semoga sentiasa ceria dengan senyuman manis. hehe..

Jom sama-sama kita tengok antara sebab susah sangat bertemu jodoh. Point penting di ambik dari rakaman ceramah Dr. Fadzilah Kamsah.

Pertamanya yang perlu anda tahu, jodoh pertemuan terletak di tangan Allah. kalau belum sampai jodoh tu maksudnya Allah belum temukan lagi si dia dengan kamu. jangan pulak terus putus asa. walaupun macam tu, ketentuan Allah kena dengan 'asbab' usaha kita jugak. takkan nak tunggu jodoh tu datang bergolek pulak, check diri kita, dimana mana silapnya. Jom kupas sebab-sebab ni semua :

Hati tidak fokus dalam mencari jodoh dan tidak bersungguh-sungguh.

Macamana nak dapat jodoh kalau tak bersungguh-sungguh. mulut saja kata mau cari jodoh, tapi tu la.. 'aku bukan tak nak berjodoh. tapi... kerja banyak ni. tak menyempat la nak mengusha bakal isteri.' maksudnya disini fokus tu pergi tempat lain bukan untuk mencari jodoh.

Belum bersedia untuk bercinta.

Memang payah la aku mau cakap kalau macam ni. Macam mana mau berjodoh kalau diri sendiri tidak ready lagi mau berkasih sayang nanti mendera anak orang pulak. Persiapkan diri dulu o.k. Tapi jangan pulak umur sudah lebih had masih kata tak ready nak bercinta lagi. Mesti ada sebab-sebab lain la tu..


Terlalu memilih kriteria pasangan.

Jangan la terlalu ketat sangat ciri-ciri orang yang mau dijadikan isteri atau suami tu, Siapa la yang layak agaknya ya. Tidak mau melayu, mau bugis atau bajau jak. kalau mix tu kira o.k la jugak. tinggi mau yang 7 kaki. kulit putih gebu. badan berisi. mata bulak macam Heliza Helmi. bulu mata panjang sekaki. selipar saiz 6.'

Adeh.. tidak salah memilih, tapi mesti la berpada-pada. jangan sampai mau yang sama macam bidadari kayangan yang boleh terbang. sampai bila mau berjumpa kalau macam tu?

Hati kotor, masih banyak benci dalam hati.

Kalau banyak sangat benci dalam hati, kesannya orang pun jadi benci jugak dengan kita. apa salahnya kita berubah untuk jadi lebih mesra dengan semua orang. mana tau dalam ramai-ramai orang dimesra tu ada jodoh kamu. hehe =)

Banyak meminta tetapi kurang memberi.

Kalau kita asyik mau mintak pertolongan orang, kadang-kadang tanpa sedar pintu rezeki kita akan tertutup. apa salahnya kalau kita pulak yang membantu orang lain dengan ikhlas, mana tau pintu rezeki kita terbuka dan salah satu rezeki kita tu mungkin jodoh yang serasi kekal hingga akhir hayat. siapa tau, kan.. kan..

Fobia dan serik bercinta.

Yang ni memang susah dan parah mau di ubat. satu jak ubatnya, kena redha dengan pengalaman cinta yang tidak kesampaian tu dan berusaha untuk kehidupan yang lebih bahagia di masa depan. yeah! Yang penting semangat kena ada.. jangan pasrah terus putus asa. orang yang putus asa takkan berjaya..

Hidup tidak seimbang.

Kadang-kadang terlampau obses dengan kerja sendiri sampai tiada masa bersosial. paling parah tidak bertemu manusia lain pun! Entah-entah tidak kenal pun orang sebelah rumah. Macam mana mau hidup nih? ada pula yang kuat sangat enjoy atau dengan kata lain sindrom 'orang bujang' yang melampau. adoih.. jodoh mana yang mau melekat? kena berubah!

Kurang berdoa dan usaha yang sesuai.

Sudah cukup berusaha mencari jodoh kena la pulak berdoa. seiringkan doa dengan usaha yang kita jalankan. semoga dengan doa yang ikhlas itu Allah SWT permudahkan untuk mendapat jodoh yang serasi. jangan putus harapan dengan bantuan Allah, sesungguhnya Allah bersama hamba-Nya yang sabar.


Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan.

Bagus-bagus sudah kahwin, bercerai pulak sebab ada perempuan lain atau lelaki lain. alasannya senang jak, tiada jodoh.. macamana mau ada jodoh kalau tidak istiqamah dengan hubungan yang sedia ada? yang ini masing-masing kena ambik perhatian.. please lah, jangan lupa dengan tanggungjawab dan amanah dalam berumahtangga.

Terlampau selesa dengan hidup bersendirian.

Benda ni sudah macam dah jadi trend sesetengah orang yang merasakan lebih selesa hidup sendiri sehingga tidak melihat keperluan untuk berumahtangga. mau bertemu jodoh macam mana? perlu diingat, berkahwin merupakan satu ibadah yang mana jika dilakukan dengan niat kerana Allah SWT, insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala.

Ada sifat-sifat negatif yang ketara di dalam diri.

Mempunyai sifat negatif dalam diri yang sangat ketara menyebabkan orang tidak berminat untuk mendekati kita. so, nak dapat jodoh macam mana?

Rumusan daripada semua ni, kita kena berubah dulu sebelum mahukan jodoh tu datang kepada kita. kena buat perubahan secara positif! hendak seribu daya, tak hendak banyak pulak dalih..

Di samping itu, jangan beranggapan kemungkinan tidak bertemu jodoh itu disebabkan oleh fakta-fakta di luar jangkaan seperti sihir atau sumpahan yang mana memang sukar untuk difahamkan. walaupun begitu, berpeganglah pada syariat dan janganlah kita terjebak dengan perkara-perkara yang syirik. Sesungguhnya sesuatu itu tidak akan berlaku sekiranya Allah tidak mengizinkannya. dan pastinya setiap yang berlaku ada berjuta hikmah yang tersembunyi.

Semoga bertemu jodoh yang terbaik buat diri anda dan saya jugak. hehe =)

Diolah daripada AsaDa Ryutaro.

March 30, 2011

Cara Mencegah Kecurian Kereta

Hari ini ingin berkongsi tips bagaimana mencegah kecurian kereta...

Cara 1

Cara 2

Cara 3

Cara 4

Cara 5

Cara 6

Cara 7

Cara 8

Cara 9

Cara 10


Picture credit to Encek Google

March 29, 2011

Seloka Ingat mengingat



Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil HaYy. Katanya:


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat muafakat, negara kita jadi kuat.
Apabila negara kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar dah hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.



Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

Apabila tempat maksiat tumbuh macam kulat...
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.



Apabila manusia telah mengubah tabiat,

ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.



Yang lelaki, budak-budak muda pakai seluar ketat.

Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat.

Rambut pun jarang bersikat.



Yang perempuan, pakai mini sekerat.

Suka pakai baju ketat.

Suka sangat menunjukkan pusat.

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.

Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.



Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat .

Bila berjumpa, tangan berjabat

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita 'bukti' lah kita buat.



Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat,

maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.



MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,

Sampai masa kita semua akan berangkat!

Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sendiri mau ingat!



Umur mu banyak mana dah mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?


Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat

dan memperbanyakkan ibadat.

March 25, 2011

Cermin Diri


Sekadar buat renungan diri sendiri...

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas
kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

March 24, 2011

10 SITUASI LELAKI YANG WANITA HARUS FAHAMI


Lelaki...

1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........ Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Oleh itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.

March 23, 2011

The Benchmarks of Success

The Benchmarks of Success


You can use this list to determine whether you have achieved success or to give you some goals to shoot for:

1)You are a success when you clearly understand that failure is an event, not a person – that yesterday ended last night, and today is a brand-new-day.

2)You are a success when you know that a success ( a win ) doesn’t make you and that a failure ( a loss ) doesn't break you.

3)You are a success when you have made friends with your past, are focused on the present, and are optimistic about your future.

4)You are a success whne you are fillled with faith, hope and love and live without anger, greed, guilt, envy, or thoughts revenge.

5)You are a success when you are mature enough to delay gratification and shift your focus from your rights to your responsibilities.

6)You are a success when you know that failure to stand for what is morally right is the prelude to becoming a victim of what is criminally wrong.

7)You are a success when you have made friends of your adversaries and have gained the love and respect of those who know you best.

8)You are a success when you understand that others can give you pleasure but that genuine happiness comes when you do things for othes.

9)You are a success when you give hope to hopeless, love the unlovable, and are pleasant to the grouch, courteous to the rude, and generous to the needy.

10)You are a success when you can look back in forgiveness, forward in hope, down in compassion, and up with gratitude.

11)You are a success when you know that the greatest are those who choose to be the servants of all.

12)You are a success when you recognize, confess, develop, and use your given physical, mental, and spiritual abilities for the benefit of others.

13)You are a success when you know that you have been a good and faithtful servant of the Creator of the universe.

March 22, 2011

Cara Meluahkan Perasaan

CARA MELUAHKAN PERASAAN.....

Kenalpasti cara yang terbaik untuk anda meluahkan perasaan merupakan suatu kelebihan. Anda akan berasa seronok meluahkan perasaan dengan cara yang tertentu, seperti melukis, bersukan, menyanyi, memukul dram, ataupun melakukan sesuatu seperti menendang bola atau menjerit pada pokok. Jika anda tidak tahu apa yang sesuai untuk anda, cuba cadangan di bawah ini.

TULIS TENTANG APA YANG ANDA RASA


Menulis mungkin cara yang berguna untuk anda mengenalpasti perasaan sendiri. Ada orang menyimpan dairi, ada yang hanya menulis apa saja yang terbayang di kepala. Anda mungkin boleh menulis cerita tentang apa saja yang berlaku dalam hidup anda sekarang (cuba "bayangkan"), ataupun buat satu kisah berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup anda. Menulis puisi berkesan kepada sesetengah orang, jadi mungkin anda boleh mencubanya.

BERSUKAN


Bersukan membantu anda meluahkan perasaan secara fizikal. Anda berpeluang untuk menjerit atau berasa girang apabila mencapai kejayaan. Sukan berpasukan membolehkan anda meluahkan perasaan dan bergabung tenaga dengan ahli sepasukan yang lain secara verbal dan tidak verbal.

MELUKIS ATAU MEWARNA


Walaupun anda tidak membayangkan diri anda sebagai seorang yang artistik, melukis dan mewarna berguna untuk meluahkan perasaan anda. Tiada orang lain perlu melihat apa yang anda buat. Anda boleh mencuba dengan melukis garisan, lakaran, warna dan sebagainya (cuba untuk mewarnakannya).

MENYANYI, BERMAIN MUZIK ATAU MENJERIT


Ikut menyanyi lagu yang anda gemari atau bermain alat muzik adalah antara cara lain untuk meluahkan perasaan anda. Menyanyilah di dalam bilik air atau di taman. Jika anda selalu bermain alat muzik atau menyanyi, anda akan mendapati yang anda sebenarnya telah berjaya menulis lagu anda sendiri atau muzik untuk meluahkan perasaan.

MENARI


Menari adalah satu bentuk ekspresi diri. Mainkan muzik di rumah atau pergi ke luar dan menarilah.

Tapi ingat, pastikan apa yang anda lakukan di atas ini tidak mengganggu orang lain. Menjeritlah di tempat yang tidak ada orang, pasanglah muzik yang tidak terlalu kuat (atau gunakan fonkepala (headphone)) dan jangan gunakan peralatan orang lain tanpa kebenaran!

March 21, 2011

Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki



8 sikap wanita yang disukai lelaki: sekadar renungan buat kita semua.

Ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yang suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.

March 20, 2011

Success Secrets



8 Success Secrets from Motivational Experts

1.Take 100 percent responsibility for your life
They realized that when you say someone or something outside of yourself is preventing you from succeeding, you're giving away your power to that someone or something. You're saying, "You have more control over my life than I do!"
Successful people don't buy into this victim thinking. Rather, their personal credo is "If it's to be, it's up to me!"

2.Live your life "on purpose"
Perhaps what separates these motivational superstars from others more than anything else is that they live their lives "on purpose." That is, they are doing what they believe they were put here to do.

3.Be willing to pay the price for your dreams
Wanting a big house, a luxury car or a million dollars in the bank is all very nice, but the problem is that practically everyone wants these things. The question then is, "Are you willing to pay the price to get them?"

4.Stay focused
Every day, we are bombarded with hundreds of tasks, messages and people all competing for our time. This is why the ability to focus on your goal is so critical to achieving it. Focusing requires giving up some things in the present because you know the time invested will pay off big-time down the road.

5.Become an expert in your field
One striking factor about all 15 motivational speakers I interviewed is how seriously they take their profession. Their drive to be the best at what they do is phenomenal. They'll do almost anything if they think it will help improve their speaking skills.

6.Write out a plan for achieving your goals
Taking the time to write out an action plan, or map, for how you're going to achieve your goals is one of the best ways to get there faster.

7.Never give up
It may sound simple, even obvious, but when you're truly committed to achieving your goal, giving up isn't even an option. You must be willing to do whatever it takes to make it happen.

8.Don't delay
. We must remember that we don't have forever. The clock is ticking, there are no time-outs, and sooner or later your number is going to be called. Top achievers know this, but rather than seeing it as something negative or depressing, they use it to spur them on to go after what they want as energetically and as passionately as possible."

March 14, 2011

15 peribadi perempuan yang menjadi punca pudar sayang lelaki terhadapnya

1. Perempuan itu comot.
Orang lelaki cukup tidak senang apabila isteri atau pasangan dalam keadaan comot. kalau comot time buat keje sekejap tu okey la, boleh dimaafkan. tapi kalau dah sepanjang masa comot? err..

2. Perempuan yang cerewet.
Pandangan peribadi saya, tiada masalah jika seorang perempuan itu bersikap cerewet. namun, jika terlampau cerewet, itu boleh mengundang tension kepada si lelaki. buat itu tak kena, ini tak kena. adeh!

3. Cemburu yang melampau.
Cemburu sememangnya tanda sayang. namun apabila diekspresikan secara melampau, maka ia boleh mengundang rimas si lelaki. bayangkan kalau sampai tahap lelaki tak boleh menjeling ke arah lain, terus nak jeles. awas.. itu menimbulkan benci si lelaki.
4. Perempuan yang cincai, cuai.

Cincai dan cuai terjadi apabila tidak memberi sepenuh perhatian dalam melakukan sesuatu. cuba dan berusahalah untuk jadi seorang yang kemas dalam melaksanakan tanggungjawab. buat kerja dengan kemas, kan lawa..

5. Perempuan bermulut celupar.
Tak menjaga bahasa yang keluar dari mulut sangat berbahaya. kalau mulut bau longkang, mungkin ada yang masih tahan, tapi kalau bahasa setaraf dengan longkang, silap-silap kerusi meja boleh terbang. ada je lelaki yang diam, tetapi dalam hati mungkin akan timbul benci.

6. Melawan cakap suami.
Tak salah melawan kalau memang perkara betul. melawan tak pasal-pasal tu yang bahayanya.

7. Mencabar pasangan.
Bukan bermaksud orang lelaki tidak boleh menerima cabaran, tapi kalau cik kak cabar yang bukan-bukan? mau rasa terhina si lelaki.

8. Perempuan yang cetek hati, pendek fikiran.
Orang yang cetek hati susah diajak berbincang dan tidak dapat memberi pandangan. dalam menyelesaikan masalah, cuba untuk bagi sedikit pandangan, idea dan buah fikiran. janganlah sepanjang masa jawapan 'entahlah' yang keluar. hehe..

9. Caci, mencela, mengutuk.
Perkara yang dinamakan mencaci, mencela, mengutuk ni, semua orang tak suka. kalau mengkritik, biarlah dengan berhemah. lagi lah kalau depan orang ramai, jangan caci maki. selalu jugak saya dengar cik kak mencela suami sendiri depan orang. ayat 'abang ni lambatlah..' itu pun mencaci tau. selalu buat, bahaya tu..

10. Membangkang tak sudah-sudah.
Bukanlah bermaksud si isteri langsung tak boleh nak berbahas. kalau dah si suami salah, bersabar dulu, carilah waktu tenang untuk canggah dengan cara yang berhikmah. jangan cik abang tengah panas terus nak bangkang.

11. Perempuan yang malas melampau.
Buang sifat malas untuk jadi lebih disayangi.

12. Curiga yang keterlaluan.
Apabila langsung tidak dipercayai, lelaki akan punya kemahuan untuk memberontak. berilah kepercayaan kepada lelaki tetapi jangan melampau. si lelaki pulak, jangan hancurkan kepercayaan yang diberi. sekali kepercayaannya hancur, susah untuk si dia yakin buat kali kedua.

13. Perempuan yang curang.
Ini memang benar-benar nyata. kalau lelaki itu menerima perempuan yang curang, maksudnya dia ada potensi untuk berlaku curang. please lah.. cuba sedaya upaya untuk setia. kalau tak serasi jugak, mohon dengan cara yang betul. jangan curang..

14. Canggih yang melampau.
Ini trend zaman sekarang, semua benda nak matching. apabila sudah sampai tahap melampau sehingga pasangan tak dapat nak mengadakan, ia boleh mengundang keretakan rumahtangga. bayangkan kereta kaler merah, garaj kete pun kena merah, sofa ruang tamu kena merah, kasut kena merah.

Ini antara yang dapat saya kongsikan buat kali ini. Tips ni bukan untuk bakal pengantin saja, malah untuk sesiapa yang sedang single, sedang meng-usha calon, juga untuk mereka yang sedang berumahtangga. tiada tarikh expired untuk perkara ini.
Semoga apa yang saya kongsikan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah rumahtangga. dedikasi khas untuk kawan-kawan yang sudah kawen dan bakal berkahwin dan untuk saya sendiri. selamat menjalani rumahtangga yang bahagia. lalala~

Nota Kaki :
buat entry pasal rumahtangga, saya ni calon pun tak jumpa lagi, kawen apatah lagi. hehe.. kongsi.. kongsi..

Credit to blog Asada – akudakmalaysia

Ceramah motivasi oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah bertajuk Menempuh Gerbang Perkahwinan.

Tips for ladies….Bagaimana Nak Memikat Hati Lelaki Ego?

Assalamualaikum


Adakah anda (pastinya girls) pernah bertanya soalan macam ni….“Saya ada suka kat seorang lelaki ni. Apa yang perlu saya buat? Macam mana nak tackle hati dia?”
Well, dulu aku selalu cakap yang it is okay bila perigi pergi mencri timba. Tak ada hal. Tapi, I think im gonna change my mind due to own and friends’ experiences. Well, there are two things you (girls) must remember kalau you all nak luahkan perasaan dan memikat lelaki.
1. You are his type + cute + high confident.
You are cute. You are awesome. You are not cheap. You play hard to get. Not so social. Yeah, perfect package. So, mesti ada lelaki yang suka kat kau. Lelaki tu pulak asyik stalk kau. So, kalau kau pun suka dia, and then, what the hell you waiting for? Lelaki kalau dia serious suka kat kau, memang dia akan rasa malu-malu bila face to face dengan kau. Biasalah, lelaki kan pemalu. So, bila kau at this point, tak ada masalah untuk kau luah kan perasaan. Dengan kata lain, kalau kau yakin yang dia pun suka kat kau, cepat-cepat luahkan perasaan. Or else you gonna lose game.
Lelaki dan perempuan berbeza. Kalau lelaki tu tak handsome, gemuk dan bla bla sekalipun, tapi dia pandai mengayat awek, sure akan cair awek tu. Tapi kalau perempuan, once lelaki tu tak suka sebab fizikal perempuan, super susahlah perempuan tu nak tackle lelaki tu.
2. You are not desperate.
I dont know about the girls. Tapi kalau lelaki tu tak suka certain perempuan ni, 10 kali perempuan tu mengurat lelaki, 100000 kali lelaki tu akan rasa rimas. And once lelaki tu rasa rimas, there are no way lelaki tu akan suka kat perempuan tu. Okay fine mungkin ada chance. Chance tu sentiasa ada. Tapi super low. Dan itu, akan membuatkan perempuan tu nampak pathetic. And desperate.
Tapi, kalau lelaki. 10000 kali perempuan rasa rimas, 10000000000 kali lah lelaki akan terus mengurat. Lelaki akan cuba, cuba, cuba dan terus cuba sehingga dia dapat buat perempuan tu cair. Biasalah. lelaki; the most amazing creature in the world. Never give up. Yeah…

So, kalau anda (girls) tak ada dua benda di atas, tapi anda nak juga luahkan perasaan, then you guys are taking a big risk.
****************
Aku tak pasti lah macam mana. Tapi, dari apa yang aku perasan, lelaki lebih suka perempuan yang aggressive. Serious, lelaki tak suka perempuan yang terlampau lemah gemalai. Terlampau lembik. Lelaki suka a girl yang boleh stand up for herself. Dan yang penting, berani melawan. Sebabnya, lelaki suka mengusik. Lagi pun, kalau susah nak mengusik, bosan ah. Dah la lelaki cepat bosan dengan seorang perempuan. Then bila lelaki mintak putus, terus kata lelaki tu player.
"Abis tu, macam mana nak tahu yang pasangan tu sesuai dengan kita dan tak akan rasa bosan?"
Actually, korang tak akan tahu. Tapi, andai kata masa bergayut pun korang berdua boleh rasa bosan, apa tah lagi bila masa tak bergayut, kan? Maksud aku, try ah cari someone yang kalau korang duduk berdua tanpa cakap apa pun, korang akan rasa.... indah. Err, ya, indah mungkin perkataan yang sesuai.
****************
When a girl comes and approached a boy;
“Adakah lelaki akan pandang rendah kepada perempuan yang confess kat lelaki?"
No. Why? Rujuk balik dua point di atas. And if you are wondering :
"Betul ke lelaki hanya suka perempuan cantik / lawa / comel dan kurus je?"
Well, honestly, yeah. Secara kasarnya, boleh kata 60% lelaki di dunia PREFER perempuan kurus dan ramping. Maksudnya, dieorang suka perempuan kurus. Tapi kalau dah jatuh cinta dengan perempuan chubby-chubby sikit tak ada hal. 25% lelaki di dunia memang tak akan tertarik dengan perempuan berisi. 5% lelaki suka perempuan berbadan besar / gemuk. 10% gay yang suka lelaki ada six pack. Sama seperti perempuan yang suka padang perut lelaki.
"But, the beauty is always in the eye of beholder."
Maksudnya, kau huduh macam mana pun. Kau pendek macam mana pun, mesti akan ada orang suka. Jadi, jangan la fikirkan sangat pasal cinta. What is cinta anyway?
So, find someone you can live with. Not dying for.

January 17, 2011

Bagaimana Cara Membina Blog Yang Menarik

The Whole Template

 Okay, bagi yang baru belajar cara membuat blog, dan tak tahu nak ambil template / layout yang macam mana,  boleh la download je dari website-website yang cool seperti:

  • Untuk umum @ lelaki. hehe.. –>
  1. btemplates
  2. deluxetemplates
  3. bloggertemplatesfree
  4. blogtemplate4u
  • Untuk blogger perempuan. Sebabnya template-template ni terlalu fancy untuk lelaki ->
  1. scrappinblogs
  2. bloggerblogbackgrounds
  3. jellypages
  4. hotbliggityblog
  5. dottydotdotdesign1
 Selepas download extract keluar template (code script) tu guna winzip/winrar. Buka account blogger anda -> Dashboard ->Design -> Edit HTML then upload the code script -> Save Template.

Apa yang wajib ada di blog anda;
Blog roll / Blog list - Senarai blog orang lain yang anda minat baca. Benda ni penting supaya orang sedar akan kewujudan blog korang.
Google Connects (Followers) - Pelanggan tetap anda.
Chatbox - Tempat sembang-sembang
Label / Tag - Penting kalau blog anda best.
Iklan - Nuffnang - Kalau anda berminat nak cari sikit duit. (Perhatian, aku ulang SIKIT DUIT.)
Counter, Referrer / Tracker - Panting untuk korang tengok aktiviti trafik blog anda. Boleh tahu apa yang orang-orang di dunia ni search untuk sampai di blog anda.
Google WebMaster - Juga tracker. Penting untuk tengok trafik dan keyword dan trend blog anda.

The NOT TO
Apa yang tak patut ada di blog anda adalah;
Jam - Pembaca anda boleh tengok jam di sudut bawah kanan di PC dieorang.

Macam mana / Bagaimana nak buat supaya orang tak boleh copy entry blog kita?

So, cara untuk prevent orang dari curi blog post korang adalah dengan;

Dashboard ->Design -> Edit HTML-> 'Tick' Expand Widget Template -> Tekan Ctrl + F -> Search untuk


<body>

Dan replace dengan

<body oncontextmenu='return false;' onkeydown='return false;' onmousedown='return false;'>

Kemudia, Save Template.

Code di atas akan membuatkan blog anda tak boleh di kanan klik, tak boleh di select (Highlight) dan tak boleh di Ctrl+C Ctrl V.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini! Senang aku nak jejak balik!!!