April 7, 2011

Kenapa Susah Bertemu Jodoh?

Assalamualaikum semua.. semoga sentiasa ceria dengan senyuman manis. hehe..

Jom sama-sama kita tengok antara sebab susah sangat bertemu jodoh. Point penting di ambik dari rakaman ceramah Dr. Fadzilah Kamsah.

Pertamanya yang perlu anda tahu, jodoh pertemuan terletak di tangan Allah. kalau belum sampai jodoh tu maksudnya Allah belum temukan lagi si dia dengan kamu. jangan pulak terus putus asa. walaupun macam tu, ketentuan Allah kena dengan 'asbab' usaha kita jugak. takkan nak tunggu jodoh tu datang bergolek pulak, check diri kita, dimana mana silapnya. Jom kupas sebab-sebab ni semua :

Hati tidak fokus dalam mencari jodoh dan tidak bersungguh-sungguh.

Macamana nak dapat jodoh kalau tak bersungguh-sungguh. mulut saja kata mau cari jodoh, tapi tu la.. 'aku bukan tak nak berjodoh. tapi... kerja banyak ni. tak menyempat la nak mengusha bakal isteri.' maksudnya disini fokus tu pergi tempat lain bukan untuk mencari jodoh.

Belum bersedia untuk bercinta.

Memang payah la aku mau cakap kalau macam ni. Macam mana mau berjodoh kalau diri sendiri tidak ready lagi mau berkasih sayang nanti mendera anak orang pulak. Persiapkan diri dulu o.k. Tapi jangan pulak umur sudah lebih had masih kata tak ready nak bercinta lagi. Mesti ada sebab-sebab lain la tu..


Terlalu memilih kriteria pasangan.

Jangan la terlalu ketat sangat ciri-ciri orang yang mau dijadikan isteri atau suami tu, Siapa la yang layak agaknya ya. Tidak mau melayu, mau bugis atau bajau jak. kalau mix tu kira o.k la jugak. tinggi mau yang 7 kaki. kulit putih gebu. badan berisi. mata bulak macam Heliza Helmi. bulu mata panjang sekaki. selipar saiz 6.'

Adeh.. tidak salah memilih, tapi mesti la berpada-pada. jangan sampai mau yang sama macam bidadari kayangan yang boleh terbang. sampai bila mau berjumpa kalau macam tu?

Hati kotor, masih banyak benci dalam hati.

Kalau banyak sangat benci dalam hati, kesannya orang pun jadi benci jugak dengan kita. apa salahnya kita berubah untuk jadi lebih mesra dengan semua orang. mana tau dalam ramai-ramai orang dimesra tu ada jodoh kamu. hehe =)

Banyak meminta tetapi kurang memberi.

Kalau kita asyik mau mintak pertolongan orang, kadang-kadang tanpa sedar pintu rezeki kita akan tertutup. apa salahnya kalau kita pulak yang membantu orang lain dengan ikhlas, mana tau pintu rezeki kita terbuka dan salah satu rezeki kita tu mungkin jodoh yang serasi kekal hingga akhir hayat. siapa tau, kan.. kan..

Fobia dan serik bercinta.

Yang ni memang susah dan parah mau di ubat. satu jak ubatnya, kena redha dengan pengalaman cinta yang tidak kesampaian tu dan berusaha untuk kehidupan yang lebih bahagia di masa depan. yeah! Yang penting semangat kena ada.. jangan pasrah terus putus asa. orang yang putus asa takkan berjaya..

Hidup tidak seimbang.

Kadang-kadang terlampau obses dengan kerja sendiri sampai tiada masa bersosial. paling parah tidak bertemu manusia lain pun! Entah-entah tidak kenal pun orang sebelah rumah. Macam mana mau hidup nih? ada pula yang kuat sangat enjoy atau dengan kata lain sindrom 'orang bujang' yang melampau. adoih.. jodoh mana yang mau melekat? kena berubah!

Kurang berdoa dan usaha yang sesuai.

Sudah cukup berusaha mencari jodoh kena la pulak berdoa. seiringkan doa dengan usaha yang kita jalankan. semoga dengan doa yang ikhlas itu Allah SWT permudahkan untuk mendapat jodoh yang serasi. jangan putus harapan dengan bantuan Allah, sesungguhnya Allah bersama hamba-Nya yang sabar.


Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan.

Bagus-bagus sudah kahwin, bercerai pulak sebab ada perempuan lain atau lelaki lain. alasannya senang jak, tiada jodoh.. macamana mau ada jodoh kalau tidak istiqamah dengan hubungan yang sedia ada? yang ini masing-masing kena ambik perhatian.. please lah, jangan lupa dengan tanggungjawab dan amanah dalam berumahtangga.

Terlampau selesa dengan hidup bersendirian.

Benda ni sudah macam dah jadi trend sesetengah orang yang merasakan lebih selesa hidup sendiri sehingga tidak melihat keperluan untuk berumahtangga. mau bertemu jodoh macam mana? perlu diingat, berkahwin merupakan satu ibadah yang mana jika dilakukan dengan niat kerana Allah SWT, insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala.

Ada sifat-sifat negatif yang ketara di dalam diri.

Mempunyai sifat negatif dalam diri yang sangat ketara menyebabkan orang tidak berminat untuk mendekati kita. so, nak dapat jodoh macam mana?

Rumusan daripada semua ni, kita kena berubah dulu sebelum mahukan jodoh tu datang kepada kita. kena buat perubahan secara positif! hendak seribu daya, tak hendak banyak pulak dalih..

Di samping itu, jangan beranggapan kemungkinan tidak bertemu jodoh itu disebabkan oleh fakta-fakta di luar jangkaan seperti sihir atau sumpahan yang mana memang sukar untuk difahamkan. walaupun begitu, berpeganglah pada syariat dan janganlah kita terjebak dengan perkara-perkara yang syirik. Sesungguhnya sesuatu itu tidak akan berlaku sekiranya Allah tidak mengizinkannya. dan pastinya setiap yang berlaku ada berjuta hikmah yang tersembunyi.

Semoga bertemu jodoh yang terbaik buat diri anda dan saya jugak. hehe =)

Diolah daripada AsaDa Ryutaro.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini! Senang aku nak jejak balik!!!