skip to main |
skip to sidebar
Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil HaYy. Katanya:
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat muafakat, negara kita jadi kuat.
Apabila negara kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar dah hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat maksiat tumbuh macam kulat...
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.
Yang lelaki, budak-budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang bersikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat!
Umur mu banyak mana dah mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.
~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~
March 29, 2011
Seloka Ingat mengingat

Tinggalkan jejak anda di sini! Senang aku nak jejak balik!!!
Tentang Tuan Rumah
- MOHDZAINMOHDSAIP
- Pelajar UiTM Sabah. Progam BM230 (BBA (Hons). Business Economic). Blog ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan subjek MGT 417 (IT in Business). Shy-shy cat. Less talking. Not so social. Macho. Fair.
Photo Tuan Rumah

Keluarga Tuan Rumah

Cerita Lama-Lama
-
▼
2011
(37)
-
▼
March
(24)
- Cara Mencegah Kecurian Kereta
- Gelak Tergolek 6
- Seloka Ingat mengingat
- Poem - How To Recognize A Good Woman
- Gelak Tergolek 5
- Tak faham 3
- Sweet Poem for Women
- Cermin Diri
- 10 SITUASI LELAKI YANG WANITA HARUS FAHAMI
- Tak faham 2
- Gelak Tergolek 4
- Tak faham 1
- Gelak Tergolek 3
- The Benchmarks of Success
- Gelak Tergolek 2
- Cara Meluahkan Perasaan
- Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki
- Gelak Tergolek 1
- Penangan Blog!
- Success Secrets
- ISTIMEWANYA WANITA
- 15 peribadi perempuan yang menjadi punca pudar say...
- Tips for ladies….Bagaimana Nak Memikat Hati Lelaki...
- Gaji Isteri Lagi Tinggi Dari Suami
-
▼
March
(24)
Pengikut Setia
Terbaik Dari Ladang Cakap2 Orang Kita
-
TARIKH: 2.4.2011 VENUE: UiTM KOTA KINABALU EVENT: CAR SHOW, SOUND BLAST, SHOW OFF Gambar 1: Car Show Kategori VIP Gambar 2: Kategori ...
-
Assalamualaikum.... Berikut adalah senarai pemenang untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian: Artis Komedi Lelaki Popular Along ...
-
Gambar 1. Makmal Fakulti Kejuruteraan Awan. Saya meninggalkan UiTM Shah Alam selepas lulus Diploma Pengurusan Pembinaan. Lulus Diploma ...
-
Assalamualaikum semua.. semoga sentiasa ceria dengan senyuman manis. hehe.. Jom sama-sama kita tengok antara sebab susah sangat bertemu jo...
-
DATE: 29.3.2011 VENUE: KOMPLEKS SUKAN UITM SABAH EVENT: SUPERMIT 2011 Gambar 1: Kontinjen EKONIA - Supermit UiTM Sabah 2011 Gambar 2: ...
Labels
Kotak Pesanan
:: TraFFiC ::
Total Pageviews
8327
Blog zEn. Powered by Blogger.
An economist is a professional in the social science discipline of economics. The individual may also study, develop, and apply theories and concepts from economics and write about economic policy. TQ. en.wikipedia
0 comments:
Post a Comment